30 September 2013

Laporan i-TR1M 2013

 LAPORAN PERLAKSANAAN i-TRIM
INTERAKTIF-TUISYEN RAKYAT 1MALAYSIA
SMK SULTAN TAJUL ARIFFIN MANONG
1 APRIL – 30 SEPTEMBER  2013



Jumlah pelajar menerima: 38 orang pelajar T5
Tempoh: 6 bulan
Kekerapan Penggunaan setiap pelajar: 2jam/minggu


ANALISIS
Selepas genap enam bulan Program i-TR1M dilaksanakan, berdasarkan data yang diperolehi, saya membuat rumusan berikut:

1.      Tiada pelajar mencatat peningkatan memberangsangkan kesan daripada penggunaan i-TR1M (berdasarkan analisis headcount peperiksaan)
2.      Pelajar kurang motivasi untuk menggunakannya diluar kawasan sekolah.
3.      Kebanyakkan pelajar tiada komputer dan tiada akses kepada internet di luar kawasan sekolah.
4.      Penggunaan terhad hanya sewaktu pengajaran & pembelajaran Bahasa Inggeris dengan satu waktu seminggu untuk kelas 5 Sains Sosial sahaja
5.      Terdapat segelintir pelajar  kurang berminat dan selesa berminat dengan pembelajaran secara online.

Oleh yang demikian langkah-langkah berikut telah dirancang untuk bulan yang terakhir.
1.      Mengadakan bengkel lanjutan penggunaan pada 22 Julai 2013.
2.      Mengadakan kerjasama dengan Pusat Sumber ICT MyManong untuk program e-tuition yang akan dijalankan oleh Pejabat ADUN.
3.      Memperkasakan program SmartPartner untuk memberi motivasi dan persaingan kepada pelajar.
4.      Mengadakan pertandingan  untuk penggunaan tertinggi dan pencapaian terbaik matapelajaran.
5.      Membenarkan pelajar i-TR1M membawa laptop ke sekolah dan kebenaran akses ke rangkaian 1bestarinet.
6.      Menyelesaikan masalah kawalan premis di Pusat Akses.

DISEDIAKAN OLEH:                                                              
MOHD RAZIF ABDUL RAZAK
PENYELARAS i-TR1M


No comments:

Post a Comment