15 March 2015

Rayuan Sumbangan & Tajaan


Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

2015 mencatat sejarah apabila umur sekolah sudah mencapai 50 tahun. Sudah tentu acara sambutan yang digelar jubli emas ini menjadi satu agenda besar sekolah dan pastinya diraikan secara besar besaran. 

50 tahun, satu tempoh yang panjang, tersemat pelbagai memori, tertulis pelbagai cerita, melakar pelbagai rencah kehidupan. Di bumi ini kita diajar menghargai nilai senaskah ilmu, mengenal erti sebuah persahabatan,  mengenal guru-guru yang jasanya tiada tandingan. 

5 dekad SMK Sultan Tajul Ariffin atau panggilannya mesranya SEMESTA bernyawa dan berbakti. Gedung ini telah berjaya melahirkan ramai tokoh-tokoh besar serta modal insan yang berwibawa. Selain itu gedung ini juga ini juga berjaya melahirkan insan yang bersahsiah tinggi dan unggul seperti anda. 

Sudah menjadi lumrah mana-mana sambutan jubli perak ataupun jubli emas intitusi ilmu, bekas-bekas warganya akan kembali ke sekolah, berbakti dan menyumbang dalam sebarang bentuk sama ada idea, tenaga mahupun wang ringgit untuk manfaat warga sekolah.

Sempena perayaan jubli emas, kami mengajak bekas-bekas pelajar yang dahulunya mengukir cerita dan pengalaman di  laman tercinta ini untuk kembali berbakti membantu sekolah dalam usaha memacu kecemerlangan warganya. Kami amat mengharapkan sumbangan anda untuk mencipta masa depan warga sekolah yang lebih baik. 

Sekolah amat memerlukan sumbangan anda untuk menjalankan beberapa projek kecemerlangan pelajar yang dirancang. Kadangkala beberapa program terpaksa dilaksanakan seringkasnya akibat kekangan sumber kewangan. Kami mensasarkan pada sambutan kali ini, sebanyak RM50,000 akan dapat diperolehi melalui sumbangan peribadi, jualan meja makan malam alumni, tajaan serta tabung yang akan digerakan. 

Setiap nama penyumbang akan dimasukan kedalam buku peringatan khas 50 tahun yang akan diluncurkan sempena majlis pelancaran kelak.  Selain itu bagi tajaan syarikat/badan-badan tertentu yang menyumbang RM200 dan keatas, kami akan berikan iklan percuma di blog ini selama 2 tahun. Untuk makluman blog ini menerima pengunjung seramai purata lebih 1500 pelawat sebulan untuk 2 bulan yang lepas dan polanya semakin meningkat. 

Sebarang pertanyaan mengenai sumbangan atau tajaan boleh hubungi Cikgu Mat Khaili di talian 0135136117. Semoga sumbangan ikhlas anda akan dibalas kebaikan oleh Allah SWT. Terima Kasih kami ucapkan  kepada semestarian semua. Sama berbakti, untuk manfaat bersama. Sekian.

-JAWATANKUASA SAMBUTAN JUBLI EMAS. 

No comments:

Post a Comment