17 April 2015

Mesyuarat Jawatankuasa Sambutan Bil. 3


Sebentar tadi berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Sambutan Jubli Emas bilangan 3 di Bilik Gerakan SMK Sultan Tajul Ariffin. Menyuarat dihadiri oleh kesemua badan penganjuran termasuk pihak pengurusan sekolah, Persatuan Alumni, PIBG dan Kelab Guru & Kakitangan (KGKT). 

Antara agenda yang dibincangkan adalah untuk mengemaskini senarai jawatankuasa dan sesi taklimat serta perbincangan beberapa projek yang akan dijalankan sepeti Projek Kelas Abad ke21, Projek Tanaman Pokok Berhasil, Majlis Makan Malam, Program Sambutan Mega, Projek Taucu Malaysia Book of Record, Kayuhan Jubli Emas, Kembara Bakti GRB-KGKT Semesta50 dan lain-lain lagi.

Alhamdulillah Persatuan Alumni menerusi En. Azizul Rahim mengumumkan sumbangan pertama projektor untuk Projek Kelas Abad ke-21. Beliau juga mengumumkan untuk menyertai Program Kayuhan Jubli Emas yang akan dianjurkan pada 23-24 Mei 2015.  Perjalanan sambutan menunjukan petanda positif dengan komitmen pada dari semua pihak. Mesyuarat ditangguh pada jam 5 .40 petang.

No comments:

Post a Comment