29 May 2015

EKSPEDISI KEMBARA BAKTI CAKNA KELANTAN GRB-KGKT 2015



Meneruskan agenda Sambutan Jubli Emas, warga semesta menerusi Kelab Guru & Kakitangan (KGKT) dengan kerjasama Kelab Rekreasi Belantara (GRB) akan menganjurkan satu misi membawa muatan sumbangan buah kurma dan kelengkapan solat kepada mangsa banjir di Kuala Krai, Manik Urai dan Tanah Merah, Kelantan.

Ini merupakan misi kedua setelah misi bantuan pertama ketika musibah banjir melanda pada awal Januari. Berikut merupakan maklumat program:

Tarikh: 9-10 Jun 2015
Jumlah Peserta: 30 orang
Tempat berkumpul: SMK Sultan Tajul Ariffin, 7.30 pagi 

Penyertaan terbuka kepada semua warga semestarian. Kami juga mengalu-alukan sumbangan derma daripada anda dalam sebarang bentuk. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi penyelaras program Cikgu Mat Khaili di talian 0135136117



No comments:

Post a Comment