10 May 2015

Hari Anugerah Kecemerlangan dan Pelancaran Makmal Inovasi Semesta Studio

Pada petang 7 Mei berlangsungkan 2 peristiwa penting bagi sekolah. Perasmian  Hari Anugerah Kecemerlangan disempurnakan oleh ADUN Manong, YB En. Mohamad Kamil bin Dato Shafie manakala selepas tamat acara Dato' Wan Khair-il Anuar bin Wan Ahmad pula melancarkan  Makmal Inovasi Semesta Studio di Blok F.




Menariknya, kedua-duanya mengumumkan sejumlah sumbangan kedalam tabung aktiviti pelajar. Dato' Wan menyatakan persetujuan untuk menaja pembelian sebuah Drone untuk Projek Drone Semesta Studio. Drone ini akan menjadi aset kelab untuk menambah pendapatan kelab pada masa hadapan.

Ibarat mendapat joran, Semesta Studio akan menggunakan alat canggih ini untuk berkarya dan mencari pelanggan yang mahu menggunakan perkhidmatan rakaman video aras tinggi yang amat popular sekarang ini. YB Kamil pula menjanjikan pembelian 2 set jersey untuk pasukan bolasepak dan pasukan hoki sekolah.

Semoga sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada pelajar demi meneruskan kecemerlangan mereka. Setakat ini, anggaran jumlah keseluruhan nilai sumbangan yang diperolehi adalah sebanyak RM16,397.20. 


Drone berteknologi tinggi Dji Phantom 3







No comments:

Post a Comment