23 August 2015

Jejak Pemimpin SEMESTA50

Hari ini telah masuk hari ke-5 program Jejak Pemimpin bertujuan menjejak kembali mantan pengetua SMK Sultan Tajul Ariffin. Objektif utama adalah untuk bertanyakan pengalaman sewaktu mereka memimpin institusi sekolah dahulu dengan merakam video perbualan sebagai salah satu kandungan persembahan video khas  Jubli Emas.

Antara pengetua yang telah berjaya dijejak adalah:
Pn. Hjh. Zawiyah binti Ahmed (1991, ke-6)
Tn. Hj. Kamaruddin bin Abd. Ghani (1993, ke-7)
Encik Zainal Abidin bin Manas (1997, ke-8)
Tn. Hj. Mohd. Isa bin Yop Hamzah (1998, ke-9)
Pn. Hjh. Norliah binti Mohd. Lazim (ke-11)
Tn. Hj. Mohd. Kamil bin Ab. Rahman (2009, ke-12) 

Berikut merupakan pengetua yang belum berjaya dijejak:
Encik Azidin bin Mahmud (1973, ke-3)
Encik Shaharuddin bin Ahmad Kamal (1976, ke-4)
Encik Ahmad Bashah bin Hj. Hashim (1983, ke-5)

Berikut merupakan pengetua yang sudah tiada, al-Fatihah buat mereka:
Encik Zakaria bin Yassin (1965, Pertama)
Encik Abdul Shukor bin Abdullah (1971, ke-2)
Encik Azam bin Mahmod (ke-10)


Kami memerlukan maklumat daripada anda semua untuk menjejaki pengetua yang masih lagi tidak berjaya dikesan. Hubungi 0134863010 (Razif). Nantikan tayangan khas terbitan SEMESTA STUDIO pada Majlis Makan Malam Perdana 29 Ogos.















No comments:

Post a Comment