20 August 2015

Pelancaran Kelab Memanah Assunah Manong SEMESTA


Sempena 50 tahun penubuhan SMK Sultan Tajul Ariffin, pihak sekolah akan melancarkan sebuah lagi 'ikon' untuk memperkasakan watak sekolah. Sebuah kelab baru akan dilancarkan dengan nama Kelab Memanah Assunnah Manong SMK Sultan Tajul Ariffin. Kelab akan dibimbing oleh Cikgu Mat Khaili, dimana beliau merupakan seorang guru yang berpengalaman luas dalam bidang tersebut.

Kelab ini akan dimulakan dengan pengumpulan dana (untuk membeli peralatan baru) dan seterusnya melatih pelajar menyertai pertandingan dalam kategori Tradisional, Recurve dan mungkin Compound. Peralatan sedia ada masih lagi belum mencukupi untuk menyokong latihan. Kami mengsasarkan pelajar kami akan mewakili negeri ke kebangsaan dalam tempoh 3 tahun, inshaaallah.

Dijemput berkunjung merasai pengalaman memanah di Pusat Latihan Memanah SEMESTA pada hari sambutan. Mencuba sambil menderma.




No comments:

Post a Comment