13 August 2015

Projek Kelas Abad ke-21 - 1Kelas 1TV



Untuk memperkasakan lagi watak sekolah, pihak sekolah akan menggerakkan sebuah projek untuk direalisasikan sebelum 2017. Dalam projek ini pihak sekolah berhasrat:

1. Memasang sebuah televisyen bersaiz besar di dalam setiap kelas.

2. Membudayakan pembelajaran menggunakan media pembelajaran yang lebih menyeronokkan di dalam setiap bilik darjah.


Kami memilih televisyen berbanding LCD projektor kerana:

1. Ianya lebih cekap dan senang dikendalikan. Guru hanya perlu melakukan penyambungan mudah untuk menghubungkannya dari komputer untuk tayangan slaid.

2.Televisyen mempunyai sistem audionya tersendiri selain tidak rumit untuk mencari sumber kuasa serta penyambungan. 

3. Guru-guru boleh menayangkan video pembelajaran dengan mudah dengan hanya memalam pemacu storan  kepada slot USB televisyen. 

Untuk dana pembelian peralatan ini kami merayu sumbangan para bekas pelajar setiap kumpulan generasi pelajar (batch) untuk menaja setiap kelas. Kami mempunyai 24 kelas untuk ditranformasikan kepada kelas abad ke -21.

No comments:

Post a Comment