25 February 2012

Apa itu 1Bestarinet?




Baru-baru ini kita dikunjungi oleh pembekal rasmi projek 1bestarinet dari Yes Communication. Projek ini akan melibatkan pemasangan prasarana internet berkelajuan tinggi sehinggga 10Mb/s menggunakan fiber optic.

Saya difahamkan rangkaian ini akan dipasang dan duji sebelum bulan Jun 2012. Ini bermakna selepas Jun, semua guru dan pelajar dapat menggunakan kemudahan berkelas dunia ini. Namun dalam fasa pemasangan tersebut, akan terdapat sedikit gangguan yang akan menggusarkan para guru.

Pembekal akan membina satu menara capaian tanpa wayar dengan liputan seluas 1 km radius. Melalui perbincangan, mereka akan membina menara tersebut berhampiran padang sekolah. Manakala rangkaian di makmal-makmal ICT dan pusat akses akan dipasang dengan rangkaian  LAN yang dipertingkatkan.

Segala perisian serta aplikasi keselamatan akan dinaiktaraf bagi memastikan persekitaran yang selamat dan selesa buat pelajar dan guru.


Apa itu 1bestarinet?

Prestasi Schoolnet yang diperkenalkan pada tahun 2005 kurang memberangsangkan. Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan satu platfom baru bagi menggantikan sistem rangkaian tersebut.

1bestarinet merupakan satu evolusi daripada rangkaian Schoolnet  yang tamat pada 2010. Sistem ini dijangka akan mula beroperasi sepenuhnya pada 2013 melibatkan 10 000 buah sekolah terpilih di seluruh negara. Rangkaian akan dipasang secara End to End (E2E) dengan liputan yang lebih luas.

Projek ini akan mengintergasikan semua yang berada dalam sistem pendidikan, termasuk ibu bapa serta komuniti. Sistem rangkaian ini akan menyediakan prasarana terbaik untuk mempromosikan perbelajaran secara maya kepada pelajar (Virtual Learning Environment).

Kontrak projek bernilai RM 1.5 billion ini telah dianugerahkan kepada syarikat YTL selama 5+5+5 tahun dalam usaha menyediakan infrastuktur canggih bagi mencapai matlamat NKRA pendidikan .

Maklumat rasmi projek 1bestarinet  akan dikemaskini dari masa ke semasa. Terima kasih.

-PENYELARAS PUSAT AKSES


No comments:

Post a Comment