Sudah menjadi agenda kerajaan dalam memperlengkapkan sekolah kebangsaan dengan fasiliti bertaraf dunia. Masih ingatkah lagi projek Schoolnet yang diperkenalkan pada tahun 2005? Namun, prestasi Schoolnet yang dlaksanakan kurang memberangsangkan. Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melakukan semula postmortem lantas memperkenalkan satu platfom baru bagi menggantikan sistem rangkaian tersebut.
Majlis Ekonomi dalam mesyuaratnya pada 17 Januari 2011 telah bersetuju melaksanakan pelan pembangunan internet berkelajuan tinggi untuk sekolah dengan kelajuan sehingga 10Mbps. Maka diperkenalkan 1bestarinet. Sistem ini dijangka akan mula beroperasi sepenuhnya pada 2013 melibatkan 10,000 ++ buah sekolah di seluruh negara. Rangkaian akan dipasang secara End to End (E2E) dengan liputan capaian yang lebih luas.
Projek ini akan mengintergasikan semua yang berada dalam sistem pendidikan, termasuk ibu bapa serta komuniti. Sistem rangkaian ini akan menyediakan prasarana terbaik untuk mempromosikan perbelajaran secara maya (Virtual Learning Environment) kepada pelajar. Kontrak projek bernilai RM 1.5 billion ini telah dianugerahkan kepada syarikat YTL dalam usaha menyediakan infrastuktur canggih bagi mencapai matlamat NKRA pendidikan.
Jika anda perhatikan sekarang giat dijalankan pemasangan menara capaian di sekolah-sekolah di Malaysia. Infrasruktur yang dikenali sebagai 1BRIS ini akan mengalirkan data kepada dua peranti yanpa wayar yang dikenali sebagai Zoom dan Dongle. Maksima 3+1 Zoom akan dibekalkan sebagai kawasan hotspot manakala Dongle dibekalkan kepada guru sebagai kemudahan mereka. Kedua-dua peranti CPE ini hanya beroperasi dalam lingkungan 2km radius. -BestariProject
Berikut merupakan maklumat mengenai 1BESTARINET sumber daripada laman Web Rasmi 1BESTARINET)
1BestariNet adalah projek inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Dalam projek ini, 10,000 sekolah di seluruh Malaysia akan dilengkapi akses Internet berkelajuan tinggi dan platform pembelajaran maya yang mengaplikasikan jaringan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada penyelesaian pendidikan bersepadu bertaraf dunia.Visi 1BestariNet adalah mengubah platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara murid kawasan bandar dan luar bandar dengan menyediakan pendidikan berteras Internet yang berkualiti kepada semua rakyat Malaysia. Inisiatif kerajaan ini bakal menjadikan Malaysia negara pertama di dunia yang dilengkapi akses Internet mudah alih 4G dan VLE sedia ada di semua sekolah seluruh Malaysia.
Di bawah 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapi dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pengurusan pentadbiran dijalankan di Internet menerusi Virtual Learning Environment (Frog VLE), yang boleh diakses di sekolah atau dimana-mana sahaja yang mempunyai capaian Internet.
Sekolah-sekolah akan dilengkapi capaian Internet, membolehkan akses ke VLE yang bertaraf dunia. Ini merupakan sumbangan progresif ke arah pendidikan berteras teknologi Internet untuk pengajaran dan pembelajaran berkesan serta memudahkan pengurusan pentadbiran sekolah.Kandungan Internet juga ditapis secara terus di sekolah bagi menggalakkan persekitaran pembelajaran selamat, di mana akses murid ke laman web berunsur negatif akan disekat. Hanya laman web ilmiah yang disahkan oleh KPM akan disenarai putih dan dibenarkan melepasi tapisan kandungan.
Frog VLE adalah platform berteras cloud yang fleksibel dan boleh diakses dimana-mana jua dari luar kawasan sekolah. Fail dan data yang disimpan di cloud boleh diakses dimana-mana sahaja dan bila-bila masa dengan capaian Internet. Malah, pengguna diberi akses percuma ke VLE setiap kali log masuk dari rangkaian Yes dengan ID log masuk VLE. Samada menggunakan rangkaian Yes atau Yes Hotspot tiada caj yang dikenakan bagi penggunaan VLE.
Penyelesaian pendidikan bersepadu generasi baru akan dilaksanakan oleh kepakaran YTL Communications Sdn Bhd, selaku rakan teknologi rasmi KPM untuk projek 1BestariNet.YTL Communications Sdn Bhd adalah subsidiari syarikat utiliti, YTL Power International Berhad dan beroperasi sebagai penggerak telekomunikasi dalam YTL Corporation Berhad Group. YTL Communications bertekad menyediakan perkhidmatan berpatutan bertaraf dunia untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat di seluruh Malaysia menerusi rangkaian Internet mudah alih 4G yang sedang dibangunkan.
Telekomunikasi amat penting dalam pembangunan masyarakat dan negara di seluruh dunia. Sebagai masyarakat korporat yang bertanggungjawab, YTL Communications komited untuk:
-Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar.
-Meningkatkan kualiti hidup seluruh rakyat Malaysia.
-Menyokong inisiatif mempromosikan inovasi berteras teknologi.
-Membentuk pemimpin masa depan berkualiti dengan sokongan pendidikan dan pembelajaran yang mantap.
-Meningkatkan cara penyampaian pendidikan menerusi penyelesaian pembelajaran Internet bersepadu.
Sumber : http://1bestarinet.net/
No comments:
Post a Comment