Pusat ICT Universiti Pendidikan Sultan Idris telah berjaya menganjurkan beberapa siri Program Hari ICT yang merupakan program tahunan di UPSI. Pada tahun 2006, Perpustakaan dan Pusat ICT telah mengadakan buat kali pertamanya sambutan Bulan Membaca dan Hari ICT secara bersama. Melalui program ini, warga UPSI dan masyarakat sekitar Tanjong Malim telah mendapat pendedahan kepada kepentingan pengetahuan dan ilmu, serta mengikuti perkembangan teknologi semasa dan peranan ICT untuk kehidupan masa kini. Bermula hari ICT 2008, pertandingan educational blogging akan dijadikan acara tahunan pada Hari ICT UPSI bagi menggalakkan perkembangan blogging di Malaysia. Sejak itu, pertandingan 'Educational Blogging' telah sinonim dengan Hari ICT, Pusat ICT, UPSI yang menawarkan hadiah lumayan kepada semua pemenangnya.
Syarat-syarat penyertaan
-Blog yang hendak dipertandingkan mestilah boleh dicapai melalui Internet pada bila-bila masa.
-Para peserta adalah bebas untuk menggunakan kreativiti sendiri termasuklah mendapatkan khidmat nasihat daripada para pakar di seluruh dunia
bagi membangunkan blog masing-masing yang tertakluk kepada syarat-syarat pertandingan.
-Kandungan dalam blog mestilah bebas daripada malicious code, virus, pornografi, perkauman, kebencian, bahan yang diharamkan, politik atau isi
kandungan yang menyalahi undang-undang Malaysia.
Sebarang plagiarism yang terlibat dalam pembangunan blog adalah tanggungjawab peserta.
Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang pencerobohan intelektual atau hak cipta sekiranya peserta melanggar peraturan di atas.
-Pihak penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan tanpa memberi sebarang sebab.
-Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
-Pihak penganjur berhak meminda mana-mana syarat dan peraturan sekiranya perlu tanpa memaklumkannya kepada para peserta.
-Pihak penganjur berhak meminda hadiah kepada nilai yang setara tanpa perlu mendapat persetujuan para peserta.
-Borang penyertaan perlu dihantar sebelum tarikh tutup pertandingan.
-Pemenang dimestikan hadir untuk mengambil hadiah pada hari penyampaian hadiah, jika tidak secara automatik hadiah tersebut akan dibatalkan
Penilaian Blog Terbaik
Blog yang menyertai pertandingan akan dinilai oleh jawatankuasa panel hakim yang dilantik oleh jawatankuasa pertandingan.
Kriteria Penilaian
-Kandungan
-Perkongsian ilmu / maklumat berkenaan subjek sekolah / IPT.
-Kesahihan maklumat
Rekabentuk
-Kreatif
-Penggunaan elemen Multimedia (Video, Animasi, Audio)
-Interaktif/dinamik
-Mudah difahami (user friendly)
-Daya Tarikan
Nilai Tambah
-Fungsi/aplikasi tambahan yang berfaedah kepada pengguna.
-Maklumat tambahan yang berfaedah kepada pengguna
-Pautan ke laman web yang berkaitan
-Kolaborasi dengan komuniti
Hadiah Pertandingan
Hadiah 'Electronic Gadget' dan Sijil Penyertaan disediakan untuk tempat PERTAMA sehingga tempat KETIGA bagi setiap kategori.
Kategori Pertandingan
1. SEKOLAH RENDAH : Blog mestilah mengenai subjek yang diajar atau dipelajari di peringkat sekolah rendah.
2. SEKOLAH MENENGAH : Blog mestilah mengenai subjek yang diajar atau dipelajari di peringkat sekolah menengah.
3. IPTA/IPTS : Blog mestilah mengenai subjek yang diajar atau dipelajari di peringkat pengajian tinggi.
4. SEKOLAH : Portal/ laman web/ blog mengenai kegiatan, pencapaian, aktiviti yang dijalankan di sekolah
5. TERBUKA : Blog mestilah mempunyai nilai ilmiah yang mengandungi unsur pengajian sepanjang hayat (life-long-learning)
Tarikh Tutup Pertandingan
4 Oktober 2013
sebelum 11.59pm
No comments:
Post a Comment